Ketibaan kami di homestay maju manik di sambut dengan begitu meriahnya, bagai raja sehari paluan kompang mengiringi ketibaan kami.
Homestay maju manik adalah gabungan 2 buah kampung iaitu kampung sungai batu dan kampung tanjong keramat di daerah sungai manik hanya 10KM dari bandar teluk intan, Perak.
kemeriahan dan keramahan penduduk kampung tidak habis di situ sahaja kami di hidangkan pula dengan menu istimewa mereka iaitu ubi lenyek dan jelly labu. Untuk pengetahuan anda di sungai manik ni mereka memang cukup terkenal dengan ubi lenyeknya.
Selain dari program anak angkat mereka juga akan memenuhi setiap permintaan pengunjung sekiranya tidak bersetuju dengan aktiviti yang di sediakan, ikut selera dan keselesaan andalah. Menarik bukan?
Suasana panorama yang di kelilingi sawah padi dan berhampiran dusun buah-buahan, kami percaya pastinya mendamaikan hari anda.
Berikut Antara aktiviti yang di sediakan di homestay maju manik ialah...
- jamuan makan chim chum.
- Lawatan ke IKS ( bengkel kerisik, bengkel biskut, bengkel bahulu, industri ikan dalam sangkar, burung puyuh.
- Persembahan pukong.
- Demo menanam padi cedong menggunakan kuku kambing.
- Demo menuai padi.
- Menangkap ikan menggunakan serkap dan Sukan Bendang.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan apakata anda hubungi mereka di talian - 0124946158 / 01124139238 Email: koperasimajumanik@yahoo.com
Nampak menarik. Nanti bila pergi Perak, boleh masuk dalam list ni. :D
BalasPadam