Breaking News

Isnin, 8 September 2014

Home » , , , , , , » Percutian suasana desa di ECO Resort pasir salak

Percutian suasana desa di ECO Resort pasir salak



ECO Resort pasir salak, perak. Terletak lebih kurang 70KM dari bandaraya ipoh perak, menawarkan pengalaman yang tidak mungkin anda lupakan, sekiranya anda impikan kehidupan yang bertemakan desa dan santai sambil menikmati kehijauan dan pemandangan matahari terbit dan terbenam di sungai perak, panorama indah ini dapat anda nikmati di ECO resort yang terletak di pasir salak perak.

Uniknya lagi chalet yang terdapat di sini berkonsepkan senibina rumah melayu lama, terdapat 50 suite chalet, kemudahan lain seperti kafe, kolam renang, bilik seminar dan juga sesuai sekiranya ingin mengadakan persidangan dan bengkel.
makanan di sini juga sangat lazat dan pastinya berkonsepkan masakan kampung. jadi, tinggalkan kesibukan kota anda dan bawa keluarga anda di ECO resort pasir salak dan alami sendiri percutian bergaya dan menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti.

bagi yang gemarkan aktiviti lasak di sini terdapat aktiviti berkayak dan berakit di sungai perak, dan bagi anda yang kaki pancing pula terdapat juga aktiviti memancing ikan dan udang di sungai perak, selain itu kembara berjalan kaki.

mercu tanda bersejarah seperti kompleks sejarah pasir salak dan kubu dato Maharaja Lela hanya bersebelahan dengan ECO Resort pasir salak.
kami percaya anda akan alami sesuatu yang tidak mungkin anda lupakan disini. :)

untuk maklumat lanjut layari di http://www.pasirsalakresort.com.my/





2 ulasan:

Designed By