Untuk hiburan dikala keboringan. Bacalah…
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya ;
- Hantu A : “Apsal kau ni asyik menggigil je hah?”
- Hantu B : “Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!”
- Hantu A: “Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.”
- Hantu B : “Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.”
- Hantu A : “Dah,aku dah buat dah! In fact, mase aku mati tu, aku dah nak pulih pun… Tapi, panjang ceritanya…”
- Hantu B: “Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
- Hantu A : “Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga dibelakang aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
- Hantu B : “So, ko dapatla tangkap diorang?”
- Hantu A : “Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun… Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…”
Mendengar cerita itu, lidah Hantu B kelu membisu. Hantu B terdiam seketika. Selepas beberapa ketika, Hantu B pun berkata ;
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi…”
Muahahahaha….
Sekian. Semoga terhibur.
Pengajaran Cerita :
- Jangan curang @ main kayu tiga dengan pasangan anda.
- Walau apa jua yang berlaku, jangan panik dan bertindak terburu-buru.
- Sentiasa jaga kesihatan sebaik mungkin.
- Sentiasa bercakap benar.
best la..
BalasPadamhantu2 yg sengal,.haha,.:p
BalasPadam