Breaking News

Jumaat, 14 September 2012

Home » » Dari sudut ringkas.

Dari sudut ringkas.

Dari video ni mungkin kita boleh melihat bagai mana prjalanan hidup kita kelak, hanya beberapa minit tapi cukup berbaloi untuk kita luangkan masa menonton dan merenung sejenak, aku pasti ia lebih berbaloi dari lambakan filem-II david teo.... atau yg seangkatan dengannya....



oklah, selain dari video ni aku jugak nak bangkitkan isu mengenai jenayah terbaru yg melanda negara kita ni, baru-II ni kes bunuh dan bakar mayat semakin berleluasa, dah jadi macam satu trend pulak.

baru-II ni kita di gemparkan dengan pelbagai kes-II seumpama ini, mangsanya pulak tidak mengenal usia, apa yg aku nak ceritakan ialah di kawasan kg halaman aku baru 2 hari yg lepas kami di kejutkan dengan penemuan mayat yg hampir 80% rentung di bakar, kejadian berlaku lebih kurang 8 KM dari rumah keluarga aku jalan tu memang sunyi sebab jalan lama, lebih-II lagi pada waktu malam. percayalah kalau korang pernah melalui jalan karak yg lama tu macam tu jugaklah suasananya dengan jalan ni bila malam, lebih-II lagi kalau korang seorang diri.

yg menjadi kebimbangan aku ialah keselamatan kami, aku dah rasa tak selamat, aku tak tau di mana nilai-II kemanusiaan manusia pada zaman ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By